السلام عليكم... SAUDARA SAUDARI SEIMAN SETAQWA SELAMAT DATANG DI BLOG KAMI,,, SEMOGA ISI BLOG INI BERMANFAAT,, JANGAN SUNGKAN UNTUK BERBAGI DENGAN MEMBERI KOMENTAR DI CATATAN PENGUNJUNG ATAUPUN DI BUKU TAMU.... INSYAALLOH AKAN BERMANFAAT BAGI KITA SEMUA.. amin ya robbal alamin Download Athan (Azan) Software for your Computer And Download Mobile Athan (Azan) Software for your Cell Phone
RADIO ISLAMI
Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

Kirim SMS Gratis All Operator Indonesia

fomat--> ex;081234567890
Just try it!! I'm not sure :D

23 Mar 2011

KARYA JIWA


CINTA SAIDINA ABU BAKR KEPADA RASULULLAH صلی ﷲ علیﻪ و سلم KASIH SAYANG dan CINTA-lah yang menyebabkan lahirnya semangat dalam kehidupan para sahabat رضي الله عنه sehingga mereka tidak hiraukan tentang kehidupan dan tidak berangan-angan untuk berumur ...panjang, mereka tidak teringatkan harta dan mereka tidak takutkan kesusahan, malah mereka tidak bimbangkan kematian. Sebenarnya CINTA bukanlah satu perkara yang boleh dijelaskan. CINTA ialah keadaan hati yang mengatasi lafaz-lafaz perkataan dan baris-baris ayat. CINTA ialah satu perkara apabila telah menunjang dalam hati akan menguasai segala perkara yang berkaitan dengan perkara yang DICINTAI. Lantaran itu maruah dan kehormatan diri, kemuliaan dan keagungan tidak lagi bererti dalam membela orang yang DICINTAI. Semoga الله سبحانا وتعاﱃ dengan kemurahan-NYA dan dengan berkat kekasih-NYA mengurniakan kepada kita CINTA kepada-NYA dan kepada Rasul-NYA yang suci sehingga kita dapat merasakan kelazatan dalam beribadat dan berasa bahagia dalam menghadapi setiap penderitaan demi agama. ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ Pada zaman permulaan Islam, sesiapa sahaja memeluk Islam akan cuba merahsiakan keislamannya sedaya mungkin. Rasulullah صلی ﷲ علیﻪ و سلم juga mengingatkan mereka agar merahsiakan keislaman mereka supaya mereka tidak dianiayai oleh orang-orang kafir. Apabila jumlah orang-orang Islam meningkat sehingga 39 orang, Saidina Abu Bakar رضي الله عنه telah memohon daripada Nabi صلی ﷲ علیﻪ و سلم untuk menzahirkan Islam sehingga boleh berdakwah secara terbuka. Pada mulanya, Baginda صلی ﷲ علیﻪ و سلم menolak tetapi atas desakan Abu Bakar رضي الله عنه , Baginda memperkenankan permohonan itu. Abu Bakar رضي الله عنه telah membawa semua orang Islam ke Baitullah. Kemudian beliau telah memulakan ucapan dakwah. Ini ialah ucapan pertama disampaikan dalam Islam. Bapa saudara Nabi صلی ﷲ علیﻪ و سلم ketua para syuhada’, Saidina Hamzah رضي الله عنه telah memeluk Islam pada hari itu dan Saidina Umar رضي الله عنه tiga hari selepas itu. Sebaik sahaja ucapan bermula, orang kafir dan puak mushrikin terus menerkam orang-orang Islam dari empat penjuru. Walaupun kemuliaan dan kehebatan Abu Bakar diakui secara amnya seluruh Mekah namun beliau tetap dipukul sehingga wajahnya berlumuran darah. Hidung, telinga dan semua anggotanya telah lebam sehingga wajah beliau tidak dikenali lagi. Beliau telah dipukul dengan kasut, ditendang dan dipijak sehingga beliau jatuh pengsan. Setelah Banu Taim, orang-orang kabilah Saidina Abu Bakar رضي الله عنه mendengar berita itu, mereka datang lalu mengusung beliau pulang. Semua orang yakin bahawa Saidina Abu Bakar رضي الله عنه tidak akan dapat hidup lagi akibat serangan yang begitu kejam. Bani Taim telah datang ke Masjidil Haram dan mengisytiharkan bahawa kalaulah Abu Bakar meninggal dunia kerana peristiwa tersebut maka mereka akan mengambil tindakan balas dengan membunuh ‘Utbah bin Rabiah. Dialah orang yang paling ganas semasa menyerang Abu Bakar رضي الله عنه . Abu Bakar رضي الله عنه tidak sedarkan diri sehingga ke petang. Walaupun telah dipanggil berkali-kali, beliau tetap tidak dapat menjawab. Pada waktu petang barulah beliau dapat bercakap setelah diseru namanya. Dalam keadaan itupun lafaz yang mula-mula sekali keluar dari mulutnya ialah, ♥ ♥ ♥ ♥ “Bagaimanakah keadaan Rasulullah?” Orang ramai mula mengutuknya, “Oleh sebab Muhammadlah kamu menerima musibah ini. Setelah sepanjang hari berada di rahang maut kemudian baru boleh bercakap masih lagi kamu bertanyakan hal Muhammad dan masih lagi kamu mengasihinya.” Orang ramai mula bangun meninggalkan beliau kerana kecil hati terhadap beliau lagipun masih ada harapan untuk hidup dan beliau sudah mula boleh bercakap. Mereka berpesan kepada ibunya Ummu Khair supaya menyediakan apa-apa makanan untuknya. Ibunya membawa makanan dan mendesak Abu Bakar supaya makan tetapi beliau tetap dengan pertanyaannya, ♥ ♥ ♥ ♥ “Bagaimanakah keadaan Rasulullah? Apakah telah terjadi kepada Baginda?” Ibunya berkata, “Aku tidak mengetahui keadaannya.” Abu Bakar رضي الله عنه lalu berkata, “Pergilah berjumpa Ummu Jamil (adik Saidina Umar رضي الله عنه ) dan bertanyakan kepadanya apakah keadaan Baginda?” Demi untuk menyempurnakan permintaan daripada seorang anak yang dizalimi sebegitu rupa, Ummu Khair pun pergi menemui Ummu Jamil radhiallahuanha dan bertanyakan hal Nabi Muhammad صلی ﷲ علیﻪ و سلم, Ummu Jamil juga merahsiakan keislamannya mengikut seperti keadaan biasa pada masa itu. Beliau berkata, ♥♥♥♥ “Aku tidak tahu pun siapakah Muhammad dan siapa Abu Bakar? Namun, aku bersimpati mendengar keadaan anakmu. Sekiranya engkau izinkan biarkanlah aku pergi untuk melihatnya.” Ummi Khair telah membenarkannya. Sebaik sahaja melihat keadaan Saidina Abu Bakar رضي الله عنه, Ummu Jamil tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak, “Apakah yang si bedebah- si bedebah telah lakukan? Semoga الله membalasi mereka atas apa yang telah mereka lakukan.” Saidina Abu Bakar رضي الله عنه masih lagi bertanya, ♥ ♥ ♥ ♥ “Bagaimanakah keadaan Rasulullah?” Ummu Jamil radhiallahuanha mengisyaratkan ke arah ibu Abu Bakar رضي الله عنه dan berkata bahawa dia sedang mendengar. Saidina Abu Bakar رضي الله عنه berkata, “Jangan takut kepadanya.” Maka Ummu Jamil radhiallahuanha menyampaikan berita baik sambil berkata, “Baginda berada dalam keadaan sihat lagi selamat.” Abu Bakar رضي الله عنه bertanya lagi, “Dimanakah Baginda sekarang ini?” Ummu Jamil radhiallahuanha menjawab, “Baginda telah pergi ke rumah Saidina Arqam رضي الله عنه.” Lalu Abu Bakar رضي الله عنه berkata, ♥ ♥ ♥ ♥ “Demi الله, aku tidak akan makan apa-apa dan tidak akan minum apa-apa selagi aku tidak pergi menziarahi Rasulullah.” Ibu beliau mula susah hati apabila beliau bersumpah tidak akan makan selagi beliau tidak melihat Rasulullah صلی ﷲ علیﻪ و سلم. Oleh sebab itu, ibunya telah menunggu sehingga tiada orang lalu-lalang di jalanan agar tiada sesiapa yang akan nampak beliau dan semoga tidak lagi berlaku kezaliman terhadap beliau. Apabila sebahagian besar malam berlalu, Ummu Khair telah membawa Saidina Abu Bakar ke rumah Saidina Arqam bertemu Nabi صلی ﷲ علیﻪ و سلم. Abu Bakar رضي الله عنه terus memeluk Baginda صلی ﷲ علیﻪ و سلم dan Baginda pun memeluk beliau sambil menangis. Orang-orang Islam yang ada di situ pun turut menangis kerana tidak sampai hati melihat keadaan Saidina Abu Bakar. Selepas itu Abu Bkar رضي الله عنه memohon daripada Nabi صلی ﷲ علیﻪ و سلم , ♥ ♥ ♥ ♥ “Ini ialah ibu saya, tuan tolonglah doakan hidayat untuknya dan dakwahlah dia kepada Islam.” Mula-mula Rasulullah صلی ﷲ علیﻪ و سلم mendoakan hidayat untuk Ummu Khair kemudian memberi galakan kepadanya untuk memeluk Islam dan beliau menerima Islam pada masa itu juga. ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ Kata Sayyidi alHabib Umar bin Hafizd, “Setinggi-tinggi syuhada’ ialah syuhada’ CINTA iaitu dia mati dalam keadaan menahan rindu dan CINTAnya kerana الله.” Insan yang paling agung dikurniakan syahadah CINTA itu ialah Rasulullah صلی ﷲ علیﻪ و سلم Apabila Baginda diberi pilihan oleh Jibril alaihissalam sama ada untuk memanjangkan ajalnya atau bertemu Tuhannya, Rasulullah memilih untuk bertemu Tuhannya kerana CINTA dan rindu. Begitu juga kisah Sayyidah Fatimah Zahra’, beliau wafat setelah 6 bulan pemergian Rasulullah. Ulama’ berpendapat bahawa disebalik tempoh yang pendek antara kewafatan beliau dengan Rasulullah adalah kerana beliau tidak sabar dan rindu untuk bersama ayahnya Rasulullah. Saidina Abu Bakar رضي الله عنه pula, setelah pemergian Rasulullah صلی ﷲ علیﻪ و سلم setiap malam beliau menangis sendirian dan berkata, ♥ ♥ ♥ ♥ “Wa Syauqoh Ya Rasulullah .. Wa Syauqoh Ya Rasulullah .. Wa Syauqoh Ya Rasulullah .. (Rindu wahai Rasulullah)” dan beliau wafat dua (2) tahun setelah kewafatan Rasulullahصلی ﷲ علیﻪ و سلم ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ ❁ ❀ ✿ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.“ [Al-Ahzab: 56] اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ _____________________________ Rujukan : Tarikhul-Khamis & Hikayatus Sahabah. Disunting Dari Artikel: http://persatuan-pmms.blogspot.com/2010/06/cinta-rasul-saw.html Shared by Nafas Subuh on facebook

0 komentar:

Posting Komentar

Design by Andy