(AL) QUR’AN BURUK Tajuk hari ini tidak ada kena mengena dengan ada satu drama di TV bertajuk ‘Qur’an Buruk’. Saya pun tak pernah tengok, tapi macam pernah nampak tajuk drama ini, (ma’af kalau sebenarnya tak wujud). Sebab .. teringat, satu kisah di sat...u masa. Ada seorang akhawat (kawan, sahabat, persahabatan wanita) bercerita, sewaktu keluar berjalan di Malaysia, dia singgah untuk solat di sebuah surau awam. Kerana telah terbiasa membawa terjemahan الْقُرْآنَ ke mana-mana dan telah terbiasa ‘meninggalkannya’ di merata-rata tempat, dia telah meletakkan الْقُرْآنَ tersebut di tepi bagnya, iaitu di atas lantai dan keluar mengambil wudhu’. Selepas memasuki semula ruang solat, seorang makcik (ibu) yang tidak dikenalinya mengangkat terjemahan الْقُرْآنَ tersebut dan menyerahkan kepadanya, sambil memberi nasihat. dengan nada yang tegas dan sedikit garang, makcik menasihatkan akhawat tersebut supaya ‘mengambil berat’ tentang الْقُرْآنَ. الْقُرْآنَ tidak boleh dibiarkan merata-rata dan tidak boleh diletakkan di tempat yang rendah. Sewaktu “handing over” terjemahan الْقُرْآنَ akhawat tersebut, beberapa helai muka surat yang telah terkoyak (kerana selalu sangat diselak) terjatuh ke atas lantai. Makcik semakin marah! apabila dilihat kembali, tafisr akhawat tersebut juga banyak berconteng-conteng dan bertampal-tampal. Makcik sangat terkejut kerana akhawat tersebut ‘melayan’ terjemahan الْقُرْآنَ -nya dengan begitu buruk sekali. “Tak pandai langsung menjaga kitab suci ALLAH. Tidak tahukah nilai sebuah الْقُرْآنَ? Tak tahukah ini adalah kata-kata ALLAH yang suci dan mesti dipelihara?” Akhawat tersebut hanya tersenyum dan tidak berkecil hati. WAHAI UMMAT. INILAH HAKIKAT KITA! BEGINILAH PANDANGAN KITA KEPADA SEBUAH KITAB BERNAMA الْقُرْآنَ! Sekadar untuk dipelihara, tidak boleh dilangkah, tidak boleh dipijak, sebuah kitab suci yang menghiasi rak-rak rumah-rumah kita. ★ Untuk itukah الْقُرْآنَ ini diturunkan? ★ Untuk sekadar dibaca dengan tajwid yang betul? ★ Untuk menghafaz beberapa surah untuk dibaca dalam solat? ★ Untuk dibaca di bulan ramadhan? atau sekadar untuk menambah pahala? Antara perkara yang terbesar yang sangat merunsingkan kepala saya sebelum saya disapa tarbiyyah ialah mengenai sesuatu yang sering semua orang sebut-sebutkan, iaitu “الْقُرْآنَ adalah panduan hidup” atau “الْقُرْآنَ manual kehidupan” Semenjak saya mendengarnya, saya sering rasa tak puas hati, ‘apa maksudnya الْقُرْآنَ panduan kehidupan?’ Kerana saya tidak terasa hidup saya dipandu الْقُرْآنَ. ‘Apa ertinya الْقُرْآنَ manual kehidupan?’ Kerana saya tidak pernah merujuk الْقُرْآنَ untuk apa2 soal kehidupan saya pun. Ada orang datang menjelaskan bahawa itu adalah kerja ulama’, untuk mengeluarkan semua hukum dan garis panduan dari الْقُرْآنَ sebagai ikutan kita, sebab ilmu kita semua ni tak cukup untuk buat begitu. “‘So indirectly’ sebenarnya kita dah pun hidup dengan الْقُرْآنَ sebagai manual dan panduan, cuma tak rasa je ...“ Saya tidak dapat menerima jawapan ini! Tak mungkin sebuah manual atau sebuah panduan hanya boleh difahami oleh sedikit orang sahaja, sedangkan ia panduan untuk semua. Tapi masa itu, ke manalah saya boleh pergi pun dengan kerunsingan saya ini? Jadi ia hanya tinggal sebagai kerunsingan dalam kepala saya sahaja, dan saya terus membaca الْقُرْآنَ sebagai penambah pahala semata … Sehinggalah saya mengenal tarbiyyah dan diberi peluang untuk mendekatkan diri dengan ayat-ayat2 ALLAH ..... “ ya ALLAH ... ya ALLAH … ya ALLAH …” Banyak kali bercucuran air mata apabila mengenal semula ayat-ayat ALLAH. menangis kerana isi kandungan ayat-ayat tersebut yang amat besar sekali… ★ Menangis kerana keindahan ayat-ayat ALLAH … ★ Menangis kerana begitu ‘detail’ sekali ALLAH menjelaskan tentang banyak perkara, tapi saya langsung tak pernah tahu tentang ‘detail’ yang ALLAH bagi.. ★ Menangis kerana umur dah banyak baru nak mengenal ayat2 ALLAH ... ★ Menangis kerana begitu banyak rahsia, matlamat kita dijadikan, apa yang Allah mahukan dari kita sebenarnya, baru saya tahu sekarang.. ★ Menangis kerana tak pernah ada orang datang mengajar ayat-ayat ini sedang ayat itu selama ini ada di situ sentiasa! ★ Menangis kerana ramai lagi orang di luar sana yang seperti saya, menganggap الْقُرْآنَ hanyalah sebuah bahan baca semata-mata - yang masih memelihara الْقُرْآنَ mereka supaya tersimpan rapi di rak di rumah di tempat yang tinggi, sedangkan sepatutnya ayat-ayat ALLAH duduknya di HATI, dihafaz dan dibawa pergi ke mana-mana atau الْقُرْآنَ itu sendiri diusung ke mana pergi. Dan benci dengan orang-orang yang telah memisahkan الْقُرْآنَ ini dari saya! dan dari ruh umat Islam .. Apakah الْقُرْآنَ ini, yang kalau diturunkan di atas gunung maka hancurlah gunung itu, boleh tidak mempunyai sebarang kesan ke atas diri kita yang kecil dan hina-dina ini? لَو أَنزَلنا هٰذَا القُرءانَ عَلىٰ جَبَلٍ لَرَأَيتَهُ خٰشِعًا مُتَصَدِّعًا مِن خَشيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلكَ الأَمثٰلُ نَضرِبُها لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَفَكَّرونَ •••• “Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.” (al-Hasyr, 59:21) Saya yakin, kalau kita dapat menangkapi kebesaran الْقُرْآنَ itu, maka diri kita pun pasti akan terhancur-belah seperti gunung … •••• (155) Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat, (156) "(Kami turunkan Al Qur'an itu) agar kamu (tidak) mengatakan: Bahwa kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan saja sebelum kami, dan sesungguhnya kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca.""" (157) "Atau agar kamu (tidak) mengatakan: ""Sesungguhnya jika kitab itu diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka."" Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling." (al-An’am, 6. 155-157) Tiada kata akan dapat meyakinkan anda untuk mencintai الْقُرْآنَ melainkan anda sendiri mendekati الْقُرْآنَ dan jatuh cinta kepadanya. Cuma, saya hanya dapat berkongsi sedikit perasaan terhadap الْقُرْآنَ … terhadap kalam ALLAH. Selepas saya mengenali الْقُرْآنَ, barulah saya sedar selama ini hidup saya hampir sia-sia seluruhnya, kerana saya bergerak, dan hidup di atas jalan yang salah, iaitu jalan yang dicorakkan oleh manusia, sedangkan jalan yang ALLAH tunjuk adalah lain. Fikiran-fikiran saya, rasional-rasional saya, terbentuk oleh neraca pemikiran manusia, sedangkan neraca ALLAH lain dan lebih luas lagi. Hanya selepas mengenali الْقُرْآنَ, hati saya berasa damai, kerana akhirnya saya tahu matlamat saya dijadikan, ke mana saya harus menuju, dan apa yang sebenarnya ALLAH mahu dari saya, saya menjadi orang yang hidup dengan wawasan, cita-cita dan keyakinan yang pasti atas apa yang akan saya buat dengan hidup saya, sehingga ke akhir hayat. Maka saya merayu kepada anda semua, mulailah membaca الْقُرْآنَ seperti anda membaca buku2 ilmiah anda, iaitu anda baca dan cuba fahami, supaya dapat dimanifestasi dalam kehidupan, bukan sekadar bahan bacaan pengisi masa lapang atau penambah pahala. الْقُرْآنَ adalah untuk dikaji, dipelajarai malah ia sepatutnya ilmu paling serius yang kita pulun (bekerja keras) untuk betul-betul fahami. Mulakan dengan membaca terjemahan dan tadabbur sendiri, kemudian carilah tafisr untuk mengetahui rahsia-rahsia di sebalik setiap kata, kalau tak mampu memahami apabila dibaca sendiri carilah orang untuk mengajari anda ... Akhir kata, saya juga menangis .. kerana hanya sejak akhir-akhir ini, barulah saya mendapat sebuah perasaan baru, iaitu perasaan, “mengapa saya boleh tidak membaca الْقُرْآنَ sebanyak-banyaknya dalam sehari?” KE ARAH SATU JUZUK SEHARI … اللَّهُمَّ آمين … ___________________ Dipetik dengan sedikit suntingan Dari: Blog: PERCAYA DENGAN PASTI Dakwah kita diam dari bicara, riuh dengan kerja. Sesekali kita bersuara, biarlah ia menggegar jiwa. http://balqisz.wordpress.com/2
Kirim SMS Gratis All Operator Indonesia
fomat--> ex;0812345678909 Mar 2011
PERSEDIAAN JIWA - TAFAKKUR SEJENAK

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar