BAGAIMANA MERAIH AKHLAK TERPUJI?
Firman الله سبحانا وتعاﱃ:
•••• "Mereka yang berj...uang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya الله berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)
Apabila kita berbicara tentang akhlak-akhlak yang baik dan terpuji di sini, ia adalah menurut pandangan syariat bukan menurut pandangan manusia, atau nilaian hawa nafsu. Ada pun himpunan akhlak-akhlak yang terpuji itu dapat dihasilkan melalui mujahadaturnafsi-warridhatunna fsi iaitu berlawan dengan hawa nafsu serta membuat latihan jiwa.
Yang dimaksudkan dengan himpunan seluruh akhlak yang mulia itu ialah di antaranya sifat sabar, redha, syukur dan malu kepada الله. Kemudian di antaranya lagi ialah sifat lemah lembut, berkasih sayang, tawadhuk, pemaaf, pemurah dan lain-lainnya. Semua ini akan lahir daripada jalan mujahadatunnafsi-warriadhatunn afsi itu.
Hanya melalui dua jalan itu sahajalah akhlak-akhlak serta budi pekerti yang mulia itu dapat kita miliki. Melalui jalan-jalan lain, seseorang itu tidak akan dapat memiliki sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang dikehendaki oleh syariat yang mana adalah merupakan suatu perintah yang wajib bagi setiap diri kita. Hanya dua jalan itu sajalah yang telah ditunjukkan oleh الله dan Rasul-Nya dan jalan-jalan yang dua itu sajalah yang telah ditempuh oleh para Rasul dan para Nabi serta para solafussoleh. Mereka tidak menempuh atau mengikuti jalan selain dari jalan yang digariskan oleh syariat itu.
Jalan2 untuk mendapatkan akhlak yang baik yang tidak menurut syariat tetapi yang dihasil daripada pemikiran akal manusia, maka jalan (yang diikuti) itu adalah jalan sesat (bathil) serta jalan bid'ah. Itu adalah jalan-jalan yang tidak diredhai oleh الله سبحانا وتعاﱃ.
Jalan-jalan yang benar dan sahih adalah jalan yang telah dilalui oleh Rasul-rasul dan Nabi-Nabi serta para-para sahabat dan umumnya para solafussoleh terdahulu. Justru, haruslah kita menempuh jalan-jalan itu untuk mendapatkan akhlak yang baik (terpuji) dan budi pekerti yang mulia di sisi syariat. Maka, kita perlu membuat latihan-latihan jiwa serta latihan-latihan kerohanian melalui mujahadatunnafsi-warridhatunna fsi.
Dengan kita menempoh jalan-jalan yang telah الله gariskan itu, الله akan membantu kita serta menolong kita mengikiskan sifat-sifat mazmumah (keji) yang ada pada diri kita. Kemudian الله akan membantu kita dengan memasukkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang terpuji di dalam HATI kita. Ini memang ditegaskan oleh الله sendiri di dalam Al-Quran dengan sepotong ayat yang bermaksud:
•••• “Mereka yang berjuang sungguh- sungguh pada jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan pada mereka jalan Kami. Sesungguhnya الله berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”
Untuk mendapatkan bantuan-bantuan dari الله dalam diri kita dan melahirkan sifat-sifat yang terpuji dalam diri kita, maka kita perlu menempoh jalan-jalan yang telah digariskan oleh الله سبحانا وتعاﱃ.
☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆
① ILMU
Dan untuk menempuh jalan itu, ① pertamanya kita mesti ada ilmu yang boleh menyuluh perjalanan nafsu kita serta gerak HATI kita. Dengan ilmu itu kita akan dapat mengetahui ke mana nafsu itu hendak meruntun kita atau ke mana ia hendak menghalakan kita. Dengan ilmu itu juga kita akan dapat mengesan perjalanan syaitan yang mana ia adalah sentiasa meniti di atas kehendak nafsu. Adalah dikatakan yang kehendak nafsu dan kehendak syaitan itu adalah selari. Ilmu yang khusus untuk ini ialah ilmu tasawuf. Betapa dengan ilmu tasawuf ini, kita dapat menyuluh kehendak nafsu kita samada kehendaknya itu sesuai dengan syariat atau tidak. Sekiranya ia sesuai dengan syariat, maka kehendak itu hendaklah diteruskan dan didorong. Umpamanya, kehendak nafsu kita mengajak kita solat, maka hendaklah kita teruskan. Begitu juga, kalau kita dapati kehendak nafsu kita mengajak kita pergi belajar fardhu 'ain atau menziarahi orang mati atau orang sakit atau menzirahi ibu ayah, maka kehendaknya hendaklah kita teruskan. Ini adalah kerana kehendaknya itu adalah sesuai dan selari dengan syariat.
Jika kita dapati yang kehendak nafsu kita itu bercanggah (berlawanan) dengan syariat serta tidak diredhai oleh الله dan Rasul, maka kehendaknya itu, hendaklah kita tentang dan kita kekang (ikat). Umpamanya kita mendapati yang kehendak nafsu kita mengajak kita ke peleseran, ke meja- meja judi, arak, pelacuran, zina dan sebagainya, maka kehendaknya itu hendaklah kita tentang dan kita kekang. Begitu juga, kalau kita dapati, nafsu kita meruntun kita supaya jangan berkorban sebaliknya mengajak kita menjadi kedekut, bakhil serta pemarah, pendendam dan sebagainya, maka kehendaknya itu mesti kita lawan.
Dalam proses kita berlawan dan menentang kehendak nafsu kerana kehendaknya itu bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah, maka kita akan merasakan satu derita di dalam HATI kita. Itu hendaklah kita tahankan kerana jiwa yang menentang kehendak nafsu jahat akan menderita. Sebab itulah dikatakan berlawan dengan hawa nafsu atau mujahadatunnafsi. Hal ini akan berlaku lebih-lebih lagi di peringkat awal mujahadah kita kerana menentang kehendak-kehendak nafsu jahat yang di antaranya sudah menjadi adat kebiasaan (norma) kita, akan menyeksa jiwa kita. Terutama sekali bagi kita yang baru sedar tentang wajibnya bermujahadah melawan nafsu, bila kita tentang kehendak-kehendak nafsu yang sudah berakar umbi serta sudah menjadi tabiat dalam diri kita itu, akan terseksa dan menderitalah kita dibuatnya. Yang demikian itu, bukanlah suatu ikhtiar yang mudah bagi kita kerana kehendak nafsu yang jahat itu selama ini kita dorongkan tanpa kita pimpin dan kita didik. Bila ia sudah menebal di dalam jiwa kita, maka amat susahlah hendak kita kikis.

Tidak sepertimana dengan sifat-sifat jahat yang baharu-baharu hendak menapak (bertapak) di dalam HATI. Umpama setengah-setengah kejahatan itu baru hendak kita tinjau-tinjau saja. Belum lagi kita lakukan. Jika kita kekang sifat demikian, tidaklah berat sangat penderitaan dijiwa kita. Malah ia lebih mudah kita kikis.
Seperti halnya dengan jiwa pada anak-anak kita. Ia mudah kita bimbing dan kita runtun. Kerana itu, kalau kita ajar anak-anak menghafal ayat-ayat (al - Qur'an) atau menghafal nasyid-nasyid seperti nasyid Asma’- ul-Husna, seketika (cepat) saja, mereka sudah boleh menghafalnya. Anak-anak kecil kita itu, kalau kita ceritakan tentang kebaikan Rasul-Rasul serta Nabi-Nabi, mudah sekali mereka tertarik mendengarnya. Malah kebaikan-kebaikan itu mudah mereka lakukan, hatta kalau disuruh solat tahajud pun, boleh mereka buat. Sebabnya ialah HATI mereka masih bersih dan suci. Kejahatan yang dilakukan oleh anak-anak kita itu masih belum menjadi darah daging mereka.
Tidak sepertimana jiwa kita yang setiap kejahatan itu sudah menjadi kebiasaan serta tabi’at. Bila kita cuba menentang dan melawannya. ia akan menentang kita pula. Jadilah macam orang tarik tali. Nafsu kata buat, kita kata jangan. Tentulah terseksa jiwa kita. Itulah yang dikatakan mujahatun-nafsi.

② LATIHAN JIWA
Selepas kita berlawan dengan hawa nafsu, kita perlu pula membuat latihan jiwa. Peringkat ini adalah amat berat sekali kerana hendak membuat latihan jiwa bukan macam membuat latihan fizikal. Umpamanya latihan taekwando. Boleh juga kita belajar. Atau boleh juga kita joging-joging dan lompat- lompat di padang. Tetapi hendak membuat latihan jiwa, tidak boleh dilakukan seperti itu.
Untuk membuat latihan jiwa, kita perlu mencari-cari sebab (sebab-musabab). Maksudnya begini; kalau sekiranya kita hendak melatih diri kita menjadi orang pemurah, kenalah kita mencari-cari di mana agak-agaknya ada orang yang memerlukan bantuan. Seolah-olah sengaja kita menyerahkan diri untuk memberikan bantuan kita. Ertinya, bukan kita menunggu orang meminta derma atau orang menghulurkan tabung. Atau bila orang buat pengumuman untuk meminta bantuan, barulah kita hulurkan derma kita. Yang demikian, tidak boleh mendidik kita menjadi pemurah kerana kita menunggu orang minta baharulah kita berikan. Tetapi dengan kita mencari-cari secara sengaja hendak menderma dan memberi bantuan, ini boleh melatih kita. Di samping kita boleh mendapat pahala, kita juga melatih jiwa menjadi orang pemurah kerana sengaja kita mendorong jiwa kita untuk berkorban tanpa menunggu-nunggu orang meminta.
Begitu juga kalau kita hendak mendidik jiwa kita menjadi orang tawadhuk. Sengaja kita cari-cari di mana ada orang-orang fakir miskin supaya dapat kita duduk dan bergaul bersama-sama mereka. Sengaja-sengaja kita mencari sebab supaya orang lain nanti akan mengatakan yang kita juga adalah golongan orang-orang fakir dan miskin. Dengan demikian akan tunduk sifat sombong dan membesar diri di dalam jiwa kita. Seterusnya sengaja kita beri salam dulu apabila saja kita berjumpa dengan orang tanpa menunggu orang lain memberi salam dulu kepada kita.
Untuk melahirkan sifat zuhud di dalam diri kita, kenalah kita melatih menggunakan harta sekadar yang perlu. Walaupun kita dapat banyak tetapi kita gunakan mengikut keperluan saja. Yang lainnya kita korbankan untuk masyarakat Islam. Pada mulanya tentulah berat tetapi lama kelamaan akan menjadi mudah dan senang. Perlu juga kita ingat bahawa untuk melahirkan sifat zuhud ini adalah amat susah sekali. Sebab itu, zuhud dikatakan sebagai kepala ibadah. Kerana kalau seseorang itu boleh zuhud, cukup baginya membuat perkara-perkara yang fardhu saja. Pahalanya adalah lebih besar dari orang yang membuat perkara perkara sunat yang banyak tetapi hatinya gila dunia. Ini adalah kerana, ada keterangan syariat yang mengatakan:
“Mencintai dunia itu adalah ibu segala kejahatan.“
Kerana itu, kalau kita dapat mengikis sifat cinta pada dunia, bererti kita telah menghapuskan ibu kejahatan. Ertinya, itulah ibu segala amal. Yang demikian, apalah ertinya amal-amal lain seperti solat tahajud, puasa sunat dan sebagainya. Kerana semua itu adalah anak-anaknya sahaja. Sedangkan orang-orang yang dapat membuat perkara-perkara sunat yang banyak itu, tidak dapat mengikiskan sifat cinta pada dunia yang menjadi ibu kejahatan itu. Maka, apalah maknanya membuat amal-amal yang lain sedangkan hatinya cinta kepada dunia.
Demikian beberapa contoh yang telah kita bentangkan tentang cara-cara bagaimana kita hendak melakukan latihan jiwa dengan cara mencari-cari sebab. Tentunya pada peringkat awal, sepertimana yang kita katakan di awal tadi, adalah suatu perkara yang amat berat. Namun, lama kelamaan apa yang kita buat itu menjadi mudah dan kita akan merasakan kelazatannya. Seperti lazat berbuat baik, lazat pemurah, lazat pemaaf, lazat berkorban, lazat tawadhuk, lazat zuhud dan sebagainya. Bila kita telah sampai ke peringkat lazat, maka itulah yang dikatakan orang yang telah memiliki akhlak yang terpuji.

Orang yang dikatakan telah memiliki akhlak yang mulia hingga dia terasa lazat berakhlak, itulah yang, dikatakan orang yang sebenamya berakhlak. Kerana kalau hanya seseorang itu boleh bertawadhuk, boleh merendah diri, boleh pemurah, boleh berkorban dan sebagainya tetapi dia berbuat itu kerana terpaksa, dan belum lagi merasa lazatnya, maka itu baru dikatakan peringkat mujahadah. Maknanya, orang yang berakhlak itu, sudah lepas dari peringkat mujahadah. Dia tidak berjuang lagi. Nafsu dan syaitan sudah dapat dikalahkannya. Seolah-olah dia sudah berehat daripada perjuangan kerana musuh tidak mengganggu dia lagi. Maka, orang yang berakhlak itu sebenarnya adalah orang yang sudah lazat melakukan akhlak-akhlak yang terpuji itu hinggakan kalau dia tidak melakukannya, akan terseksa jiwanya.
Ini diakui sendiri oleh Sayidatina Aisyah radhiallahanhuma, katanya,
•••• “Aku, walaupun dalam keadaan yang tidak ada makanan sekalipun, namun dengan separuh biji tamar pun cukuplah kalau dapat aku usaha untuk disedekahkan kepada orang lain.”
Justru bagi Sayidatina Aisyah, dalam saat-saat tiada makanan sekalipun, kalau dia tidak bersedekah jiwanya akan terseksa. Sebab itu, walau dengan setengah biji tamar sekalipun, akan diusahakannya juga untuk disedekahkan kepada orang lain.
Sebab itulah mujahadah ini amat perlu kita lakukan kerana walaupun belum sampai kepada peringkat lazat, kita tetap mendapat pahala darinya. Hinggakan kalau kita dapat bermujahadah sampai ketika kita nazak, itu pun adalah amat baik sekali. Walaupun kita tidak dapat merasa kelazatan akhlak sampai ke saat orang hendak melakukannya. Baru sehari dua hari berjuang melawan nafsu dan syaitan, sudah mengangkat tangan mengaku kalah.
Akhirnya, kita menjadi mangsa nafsu dan syaitan. Yang demikianlah sebabnya, berjuang melawan nafsu dan syaitan ini amat berat sekali. Tetapi kalau berperang secara lahir antara manusia dengan manusia ramai orang yang berani.
Nabi صلی الله علیﻪ و سلم telah bersabda :
•••• " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat solat adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "
Di dalam saru riwayat hadis, Rasulullah menggambarkan kepada kita betapa berjuang melawan nafsu itu adalah jihad yang paling besar. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah kepada para sahabat sebaik saja kembali dari peperangan Badar. Sedangkan sahabat-sahabat menjangka yang peperangan Badar itulah yang paling besar kerana menang kalahnya umat Islam akan menjadi ukuran tentang perkembangan Islam seterusnya.
Namun walau sehebat itu nilaian para sahabat terhadap peperangan Badar, sekembalinya mereka dari peperangan itu, Rasulullah berkata kepada mereka, maksudnya:
•••• “Kita ini baru balik dari satu medan pertempuran yang maha keciL Kita akan berhadapan dengan medan pertempuran yang maha besar.”
Mendengar kata-kata Rasulullah itu, para sahabat begitu terkejut kerana pada jangkaan mereka peperangan Badar itu adalah begitu besar sekali kerana ia merupakan penentuan apakah Islam ini mati di situ atau berkembang terus. Dan kerana ditakdirkan yang mereka menang, maka sahabat-sahabat merasakan tentulah ada lagi satu peperangan lahir yang lebih besar dari peperangan Badar itu, mungkin berhadapan dengan orang- orang kafir. Lantas sabahat-sahabat bertanya, “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Rasulullah pun memberi jawapan, katanya dengan maksud: “Itulah peperangan melawan hawa nafsu.”

Orang yang sudah memiliki akhlak yang terpuji itu, segala sifat-sifat yang terpuji itu sudah menjadi tabiat pada dirinya. Dia gembira dan terhibur dengan akhlak yang terpujinya itu. Orang yang berakhlak itulah yang dikatakan orang yang bertaqwa atau orang yang muttaqin. Dan orang yang sudah sampai kepada peringkat itu, hidupnya indah, akhlaknya cantik, orangnya tenang dan menawan HATI. Bila kita melihat mukanya, dia menyenangkan HATI kita. Itu sebablah melihat muka orang soleh itu, terhibur kita rasa HATI kita. Kita rasa dapat berkat dari mereka. Manakala kalau kita mendengar kata-kata orang soleh, maka akan lebih terhiburlah HATI kita kerana kata-katanya itu adalah pengubat HATI dan jiwa.
Maka, jika ada orang yang berakhlak baik seperti itu, ia adalah ibarat bunga. Ertinya orang itu sudah memiliki bunga pada dirinya. Sepertimana yang kita maklum, bunga adalah kesukaan semua orang. Hinggakan bunga 'tahi' ayam yang baunya tidak harum itu pun suka orang memilikinya. Betapalah bunga-bunga yang lebih wangi dari itu. Ia menyebabkan orang terhibur dengannya.
Demikianlah tingginya nilai akhlak serta budi pekerti pad diri seseorang. Tetapi sepertimana yang kita katakan di awal tadi, untuk melahirkannya adalah amat susah sekali kerana kita perlu berlawan dengan hawa nafsu serta membuat latihan-latihan jiwa.
Kemudian apabila kita telah dapat melahirkan akhlak y ang baik di dalam diri kita itu, ia tidak akan menjadi tabiat atau menjadi kebiasaan kita kalau kita tidak usahakan selalu kerja-kerja kebaikan. Kenalah kita banyak membiasakan diri kepada kerja-kerja kebaikan walaupun dengan cara-cara paksa. Mungkin juga usaha ini adalah suatu perkara yang amat susah juga kerana selagi akhlak yang terpuji itu belum menjadi tabiat kita, setiap kebaikan yang hendak kita lakukan masih lagi ditentang oleh hawa nafsu. Maka, kita terpaksa juga berlawan dengan nafsu.
Manakala nafsu itu menolak, kita tetap melakukannya juga sehingga kebaikan itu menjadi kebiasaan pada diri kita. Dengan cara ini, lama kelamaan kita akan memiliki akhlak yang mulia itu secara tabiat. Yang demikian, melalui latihan-latihan jiwa serta membiasakan diri membuat kerja-kerja kebaikan, akhlak yang mulia itu akan menjadi darah daging kita dan ia akan meresap dalam diri kita.
Jika kita tidak membiasakan diri dengan membuat kerja-kerja kebaikan itu, maka akhlak yang mulia itu tidak akan menjadi darah daging kita, kecuali para-para Rasul. Mereka itu adalah untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Kerana itu, sudah semula jadinya mereka memang memiliki akhlak yang baik. Memang awal-awal lagi الله telah anugerahkan kepada mereka akhlak yang mulia. Dan yang mendidik akhlak mereka itu pula ada- lah الله سبحانا وتعاﱃ
Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم sendiri membuat pengakuan ini di dalam sabdanya, bermaksud:
••••“الله-lah yang mendidik aku dan Dia mendidik aku dengan sebaik-baik didikan.”
Sebab itu Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم, pada awal-awal lagi dia sudah mempunyai akhlak yang mulia tanpa melakukan mujahadatunnafsi serta membiasakan sifat-sifat yang baik itu agar dia menjadikan kebaikan itu sebagai tabiatnya.

Justru, walaupun HATI kita sudah keras dan walaupun hitam macamana sekalipun ia, namun kalau kita sungguh-sungguh serta kuat azam dan tekad, الله tetap akan membantu dan memimpin kita. Mungkin memakan masa yang lama, baru kita berjaya memiliki akhlak yang mulia itu. Namun kita tidak boleh berputus asa kerana الله sudah memberi jaminan yang DIA akan menolong dan membantu kita. Pokoknya, kita perlu berusaha.
Tetapi kalau kita tidak mahu berusaha dan tidak mahu melakukan mujahadatunnafsi, maka akhlak yang mulia itu tidak akan meresap di dalam diri kita dan ia tidak akan menjadi darah daging kita. Hanya itu saja jalan yang ditunjuk oleh الله kepada kita.
Kemudian usaha mujahadah itu, kita perkuatkan pula dengan meninggalkan sifat-sifat terkeji serta sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri kita. Ertinya, disamping kita berikhtiar untuk membiasakandiri kita dengan kerja-kerja kebaikan, kita juga mesti membiasakan diri kita dengan meninggalkan perbuatan maksiat. Seterusnya usaha mujahadah dan latihan jiwa tadi, kita tambah pula dengan latihan-latihan membenci perkara-perkara maksiat. Kita latih jiwa kita supaya membenci akhlak yang keji.
Pada peringkat awal mungkin kita meninggal maksiat atas dasar mujahadah iaitu atas dasar kita takut melakukan dosa pada الله. Ketika itu HATI kita belum lagi membenci maksiat itu tetapi kita cuma takut mendorongkan diri kita atas dasar perbuatan itu dilarang الله. Tetapi setelah beberapa lama, akhirnya dengan kita melakukan mujahadah meninggalkan perbuatan maksiat itu, akan timbul rasa benci kita kepadanya. Kita akan rasa benci dengan maksiat. Jijiknya (kotornya) kita kepada maksiat mungkin macam jijiknya kita kepada najis ayam. Ibarat kalau kita sedang makan orang sebut perihal najis ayam, mungkin kita terhenti dari makan kerana terlalu jijiknya (kotornya) kita kepadanya.
Demikianlah halnya orang yang telah dapat membenci maksiat. Sebut saja dia merasa jijik macam jijiknya najis ayam. Apabila sampai kita kepada peringkat membenci maksiat, maka ketika itu kita tidak perlu mujahadah lagi. Dan ketika itu perbuatan kita meninggalkan kerja-kerja maksiat itu telah menjadi darah daging serta tabiat kita pula.
Akhirnya, dia juga mendapat satu kelazatan daripada meninggalkan kerja maksiat itu. Apabila perbuatan meninggalkan maksiat itu sudah menjadi kebiasaan pada diri kita, dengan sendirinya juga, membuat kerja-kerja kebaikan itu menjadi satu hiburan pada kita. Rasulullah sendiri pemah mensabdakan tentang hiburan yang diterimanya ketika bersolat. Ertinya, ketika solat Rasulullah rasa terhibur dengannya. Cuba kita tanya diri kita. Apakah kita terhibur dengan solat?
Jawabnya tidak. Itu bermakna, kita baharu di peringkat mujahadah. Kita melakukan solat itu adalah atas dasar ianya adalah perintah الله yang mana kalau kita tidak lakukan akan berdosa. Kita bukan melakukannya atas dasar kita mendapat kelazatan dan hiburan darinya. Tetapi Rasulullah mendapat hiburan dan kelazatan daripada solat. Cuma Rasulullah itu didatangkan bukan kerana untuk solat saja, maka beliau terpaksa juga rehat dari solatnya demi untuk memimpin masyarakat. Kalaulah tidak kerana tugas itu, mungkin Rasulullah akan bersolat sentiasa kerana beliau terhibur dengannya. Namun, walaupun kita belum boleh terhibur dari bersolat itu, terpaksa juga kita lakukan kerana itulah mujahadah kita.
Disaat itulah yang paling penting kerana amal yang baik itu dinilai di saat akhir. Jika di saat akhir itu kita sudahi dengan amal yang baik, akhlak yang baik dan sebagainya, maka kalau ada pun kekurangan-kekurangan di peringkat awal, الله tidak begitu kira sangat (insya ALLAH, ALLAH ampunkan dengan kita memohon/melakukan istighfar).
Sebaliknya, walau baik macamana sekalipun amal kita di peringkat awal, tetapi kalau disaat akhimya kita tersilap (terlalai, tertipu), maka akan jadi debu segala amal sebelumnya itu. (Mendapatkan suu'ul-khatimmah)
Allahu a'lam
________________
Diringkaskan dan disunting dari:
http://www.usahataqwa.com/akhl ak/terpuji.html
Shared By Bicara HidayahLihat Selengkapnya
Firman الله سبحانا وتعاﱃ:
•••• "Mereka yang berj...uang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya الله berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)
Apabila kita berbicara tentang akhlak-akhlak yang baik dan terpuji di sini, ia adalah menurut pandangan syariat bukan menurut pandangan manusia, atau nilaian hawa nafsu. Ada pun himpunan akhlak-akhlak yang terpuji itu dapat dihasilkan melalui mujahadaturnafsi-warridhatunna
Yang dimaksudkan dengan himpunan seluruh akhlak yang mulia itu ialah di antaranya sifat sabar, redha, syukur dan malu kepada الله. Kemudian di antaranya lagi ialah sifat lemah lembut, berkasih sayang, tawadhuk, pemaaf, pemurah dan lain-lainnya. Semua ini akan lahir daripada jalan mujahadatunnafsi-warriadhatunn
Hanya melalui dua jalan itu sahajalah akhlak-akhlak serta budi pekerti yang mulia itu dapat kita miliki. Melalui jalan-jalan lain, seseorang itu tidak akan dapat memiliki sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang dikehendaki oleh syariat yang mana adalah merupakan suatu perintah yang wajib bagi setiap diri kita. Hanya dua jalan itu sajalah yang telah ditunjukkan oleh الله dan Rasul-Nya dan jalan-jalan yang dua itu sajalah yang telah ditempuh oleh para Rasul dan para Nabi serta para solafussoleh. Mereka tidak menempuh atau mengikuti jalan selain dari jalan yang digariskan oleh syariat itu.
Jalan2 untuk mendapatkan akhlak yang baik yang tidak menurut syariat tetapi yang dihasil daripada pemikiran akal manusia, maka jalan (yang diikuti) itu adalah jalan sesat (bathil) serta jalan bid'ah. Itu adalah jalan-jalan yang tidak diredhai oleh الله سبحانا وتعاﱃ.
Jalan-jalan yang benar dan sahih adalah jalan yang telah dilalui oleh Rasul-rasul dan Nabi-Nabi serta para-para sahabat dan umumnya para solafussoleh terdahulu. Justru, haruslah kita menempuh jalan-jalan itu untuk mendapatkan akhlak yang baik (terpuji) dan budi pekerti yang mulia di sisi syariat. Maka, kita perlu membuat latihan-latihan jiwa serta latihan-latihan kerohanian melalui mujahadatunnafsi-warridhatunna
Dengan kita menempoh jalan-jalan yang telah الله gariskan itu, الله akan membantu kita serta menolong kita mengikiskan sifat-sifat mazmumah (keji) yang ada pada diri kita. Kemudian الله akan membantu kita dengan memasukkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang terpuji di dalam HATI kita. Ini memang ditegaskan oleh الله sendiri di dalam Al-Quran dengan sepotong ayat yang bermaksud:
•••• “Mereka yang berjuang sungguh- sungguh pada jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan pada mereka jalan Kami. Sesungguhnya الله berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”
Untuk mendapatkan bantuan-bantuan dari الله dalam diri kita dan melahirkan sifat-sifat yang terpuji dalam diri kita, maka kita perlu menempoh jalan-jalan yang telah digariskan oleh الله سبحانا وتعاﱃ.
☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆
① ILMU
Dan untuk menempuh jalan itu, ① pertamanya kita mesti ada ilmu yang boleh menyuluh perjalanan nafsu kita serta gerak HATI kita. Dengan ilmu itu kita akan dapat mengetahui ke mana nafsu itu hendak meruntun kita atau ke mana ia hendak menghalakan kita. Dengan ilmu itu juga kita akan dapat mengesan perjalanan syaitan yang mana ia adalah sentiasa meniti di atas kehendak nafsu. Adalah dikatakan yang kehendak nafsu dan kehendak syaitan itu adalah selari. Ilmu yang khusus untuk ini ialah ilmu tasawuf. Betapa dengan ilmu tasawuf ini, kita dapat menyuluh kehendak nafsu kita samada kehendaknya itu sesuai dengan syariat atau tidak. Sekiranya ia sesuai dengan syariat, maka kehendak itu hendaklah diteruskan dan didorong. Umpamanya, kehendak nafsu kita mengajak kita solat, maka hendaklah kita teruskan. Begitu juga, kalau kita dapati kehendak nafsu kita mengajak kita pergi belajar fardhu 'ain atau menziarahi orang mati atau orang sakit atau menzirahi ibu ayah, maka kehendaknya hendaklah kita teruskan. Ini adalah kerana kehendaknya itu adalah sesuai dan selari dengan syariat.
Jika kita dapati yang kehendak nafsu kita itu bercanggah (berlawanan) dengan syariat serta tidak diredhai oleh الله dan Rasul, maka kehendaknya itu, hendaklah kita tentang dan kita kekang (ikat). Umpamanya kita mendapati yang kehendak nafsu kita mengajak kita ke peleseran, ke meja- meja judi, arak, pelacuran, zina dan sebagainya, maka kehendaknya itu hendaklah kita tentang dan kita kekang. Begitu juga, kalau kita dapati, nafsu kita meruntun kita supaya jangan berkorban sebaliknya mengajak kita menjadi kedekut, bakhil serta pemarah, pendendam dan sebagainya, maka kehendaknya itu mesti kita lawan.
Dalam proses kita berlawan dan menentang kehendak nafsu kerana kehendaknya itu bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah, maka kita akan merasakan satu derita di dalam HATI kita. Itu hendaklah kita tahankan kerana jiwa yang menentang kehendak nafsu jahat akan menderita. Sebab itulah dikatakan berlawan dengan hawa nafsu atau mujahadatunnafsi. Hal ini akan berlaku lebih-lebih lagi di peringkat awal mujahadah kita kerana menentang kehendak-kehendak nafsu jahat yang di antaranya sudah menjadi adat kebiasaan (norma) kita, akan menyeksa jiwa kita. Terutama sekali bagi kita yang baru sedar tentang wajibnya bermujahadah melawan nafsu, bila kita tentang kehendak-kehendak nafsu yang sudah berakar umbi serta sudah menjadi tabiat dalam diri kita itu, akan terseksa dan menderitalah kita dibuatnya. Yang demikian itu, bukanlah suatu ikhtiar yang mudah bagi kita kerana kehendak nafsu yang jahat itu selama ini kita dorongkan tanpa kita pimpin dan kita didik. Bila ia sudah menebal di dalam jiwa kita, maka amat susahlah hendak kita kikis.
☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆
Tidak sepertimana dengan sifat-sifat jahat yang baharu-baharu hendak menapak (bertapak) di dalam HATI. Umpama setengah-setengah kejahatan itu baru hendak kita tinjau-tinjau saja. Belum lagi kita lakukan. Jika kita kekang sifat demikian, tidaklah berat sangat penderitaan dijiwa kita. Malah ia lebih mudah kita kikis.
Seperti halnya dengan jiwa pada anak-anak kita. Ia mudah kita bimbing dan kita runtun. Kerana itu, kalau kita ajar anak-anak menghafal ayat-ayat (al - Qur'an) atau menghafal nasyid-nasyid seperti nasyid Asma’- ul-Husna, seketika (cepat) saja, mereka sudah boleh menghafalnya. Anak-anak kecil kita itu, kalau kita ceritakan tentang kebaikan Rasul-Rasul serta Nabi-Nabi, mudah sekali mereka tertarik mendengarnya. Malah kebaikan-kebaikan itu mudah mereka lakukan, hatta kalau disuruh solat tahajud pun, boleh mereka buat. Sebabnya ialah HATI mereka masih bersih dan suci. Kejahatan yang dilakukan oleh anak-anak kita itu masih belum menjadi darah daging mereka.
Tidak sepertimana jiwa kita yang setiap kejahatan itu sudah menjadi kebiasaan serta tabi’at. Bila kita cuba menentang dan melawannya. ia akan menentang kita pula. Jadilah macam orang tarik tali. Nafsu kata buat, kita kata jangan. Tentulah terseksa jiwa kita. Itulah yang dikatakan mujahatun-nafsi.
☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆
② LATIHAN JIWA
Selepas kita berlawan dengan hawa nafsu, kita perlu pula membuat latihan jiwa. Peringkat ini adalah amat berat sekali kerana hendak membuat latihan jiwa bukan macam membuat latihan fizikal. Umpamanya latihan taekwando. Boleh juga kita belajar. Atau boleh juga kita joging-joging dan lompat- lompat di padang. Tetapi hendak membuat latihan jiwa, tidak boleh dilakukan seperti itu.
Untuk membuat latihan jiwa, kita perlu mencari-cari sebab (sebab-musabab). Maksudnya begini; kalau sekiranya kita hendak melatih diri kita menjadi orang pemurah, kenalah kita mencari-cari di mana agak-agaknya ada orang yang memerlukan bantuan. Seolah-olah sengaja kita menyerahkan diri untuk memberikan bantuan kita. Ertinya, bukan kita menunggu orang meminta derma atau orang menghulurkan tabung. Atau bila orang buat pengumuman untuk meminta bantuan, barulah kita hulurkan derma kita. Yang demikian, tidak boleh mendidik kita menjadi pemurah kerana kita menunggu orang minta baharulah kita berikan. Tetapi dengan kita mencari-cari secara sengaja hendak menderma dan memberi bantuan, ini boleh melatih kita. Di samping kita boleh mendapat pahala, kita juga melatih jiwa menjadi orang pemurah kerana sengaja kita mendorong jiwa kita untuk berkorban tanpa menunggu-nunggu orang meminta.
Begitu juga kalau kita hendak mendidik jiwa kita menjadi orang tawadhuk. Sengaja kita cari-cari di mana ada orang-orang fakir miskin supaya dapat kita duduk dan bergaul bersama-sama mereka. Sengaja-sengaja kita mencari sebab supaya orang lain nanti akan mengatakan yang kita juga adalah golongan orang-orang fakir dan miskin. Dengan demikian akan tunduk sifat sombong dan membesar diri di dalam jiwa kita. Seterusnya sengaja kita beri salam dulu apabila saja kita berjumpa dengan orang tanpa menunggu orang lain memberi salam dulu kepada kita.
Untuk melahirkan sifat zuhud di dalam diri kita, kenalah kita melatih menggunakan harta sekadar yang perlu. Walaupun kita dapat banyak tetapi kita gunakan mengikut keperluan saja. Yang lainnya kita korbankan untuk masyarakat Islam. Pada mulanya tentulah berat tetapi lama kelamaan akan menjadi mudah dan senang. Perlu juga kita ingat bahawa untuk melahirkan sifat zuhud ini adalah amat susah sekali. Sebab itu, zuhud dikatakan sebagai kepala ibadah. Kerana kalau seseorang itu boleh zuhud, cukup baginya membuat perkara-perkara yang fardhu saja. Pahalanya adalah lebih besar dari orang yang membuat perkara perkara sunat yang banyak tetapi hatinya gila dunia. Ini adalah kerana, ada keterangan syariat yang mengatakan:
“Mencintai dunia itu adalah ibu segala kejahatan.“
Kerana itu, kalau kita dapat mengikis sifat cinta pada dunia, bererti kita telah menghapuskan ibu kejahatan. Ertinya, itulah ibu segala amal. Yang demikian, apalah ertinya amal-amal lain seperti solat tahajud, puasa sunat dan sebagainya. Kerana semua itu adalah anak-anaknya sahaja. Sedangkan orang-orang yang dapat membuat perkara-perkara sunat yang banyak itu, tidak dapat mengikiskan sifat cinta pada dunia yang menjadi ibu kejahatan itu. Maka, apalah maknanya membuat amal-amal yang lain sedangkan hatinya cinta kepada dunia.
Demikian beberapa contoh yang telah kita bentangkan tentang cara-cara bagaimana kita hendak melakukan latihan jiwa dengan cara mencari-cari sebab. Tentunya pada peringkat awal, sepertimana yang kita katakan di awal tadi, adalah suatu perkara yang amat berat. Namun, lama kelamaan apa yang kita buat itu menjadi mudah dan kita akan merasakan kelazatannya. Seperti lazat berbuat baik, lazat pemurah, lazat pemaaf, lazat berkorban, lazat tawadhuk, lazat zuhud dan sebagainya. Bila kita telah sampai ke peringkat lazat, maka itulah yang dikatakan orang yang telah memiliki akhlak yang terpuji.
☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆
Orang yang dikatakan telah memiliki akhlak yang mulia hingga dia terasa lazat berakhlak, itulah yang, dikatakan orang yang sebenamya berakhlak. Kerana kalau hanya seseorang itu boleh bertawadhuk, boleh merendah diri, boleh pemurah, boleh berkorban dan sebagainya tetapi dia berbuat itu kerana terpaksa, dan belum lagi merasa lazatnya, maka itu baru dikatakan peringkat mujahadah. Maknanya, orang yang berakhlak itu, sudah lepas dari peringkat mujahadah. Dia tidak berjuang lagi. Nafsu dan syaitan sudah dapat dikalahkannya. Seolah-olah dia sudah berehat daripada perjuangan kerana musuh tidak mengganggu dia lagi. Maka, orang yang berakhlak itu sebenarnya adalah orang yang sudah lazat melakukan akhlak-akhlak yang terpuji itu hinggakan kalau dia tidak melakukannya, akan terseksa jiwanya.
Ini diakui sendiri oleh Sayidatina Aisyah radhiallahanhuma, katanya,
•••• “Aku, walaupun dalam keadaan yang tidak ada makanan sekalipun, namun dengan separuh biji tamar pun cukuplah kalau dapat aku usaha untuk disedekahkan kepada orang lain.”
Justru bagi Sayidatina Aisyah, dalam saat-saat tiada makanan sekalipun, kalau dia tidak bersedekah jiwanya akan terseksa. Sebab itu, walau dengan setengah biji tamar sekalipun, akan diusahakannya juga untuk disedekahkan kepada orang lain.
Sebab itulah mujahadah ini amat perlu kita lakukan kerana walaupun belum sampai kepada peringkat lazat, kita tetap mendapat pahala darinya. Hinggakan kalau kita dapat bermujahadah sampai ketika kita nazak, itu pun adalah amat baik sekali. Walaupun kita tidak dapat merasa kelazatan akhlak sampai ke saat orang hendak melakukannya. Baru sehari dua hari berjuang melawan nafsu dan syaitan, sudah mengangkat tangan mengaku kalah.
Akhirnya, kita menjadi mangsa nafsu dan syaitan. Yang demikianlah sebabnya, berjuang melawan nafsu dan syaitan ini amat berat sekali. Tetapi kalau berperang secara lahir antara manusia dengan manusia ramai orang yang berani.
Nabi صلی الله علیﻪ و سلم telah bersabda :
•••• " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat solat adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "
Di dalam saru riwayat hadis, Rasulullah menggambarkan kepada kita betapa berjuang melawan nafsu itu adalah jihad yang paling besar. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah kepada para sahabat sebaik saja kembali dari peperangan Badar. Sedangkan sahabat-sahabat menjangka yang peperangan Badar itulah yang paling besar kerana menang kalahnya umat Islam akan menjadi ukuran tentang perkembangan Islam seterusnya.
Namun walau sehebat itu nilaian para sahabat terhadap peperangan Badar, sekembalinya mereka dari peperangan itu, Rasulullah berkata kepada mereka, maksudnya:
•••• “Kita ini baru balik dari satu medan pertempuran yang maha keciL Kita akan berhadapan dengan medan pertempuran yang maha besar.”
Mendengar kata-kata Rasulullah itu, para sahabat begitu terkejut kerana pada jangkaan mereka peperangan Badar itu adalah begitu besar sekali kerana ia merupakan penentuan apakah Islam ini mati di situ atau berkembang terus. Dan kerana ditakdirkan yang mereka menang, maka sahabat-sahabat merasakan tentulah ada lagi satu peperangan lahir yang lebih besar dari peperangan Badar itu, mungkin berhadapan dengan orang- orang kafir. Lantas sabahat-sahabat bertanya, “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Rasulullah pun memberi jawapan, katanya dengan maksud: “Itulah peperangan melawan hawa nafsu.”
☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆
Orang yang sudah memiliki akhlak yang terpuji itu, segala sifat-sifat yang terpuji itu sudah menjadi tabiat pada dirinya. Dia gembira dan terhibur dengan akhlak yang terpujinya itu. Orang yang berakhlak itulah yang dikatakan orang yang bertaqwa atau orang yang muttaqin. Dan orang yang sudah sampai kepada peringkat itu, hidupnya indah, akhlaknya cantik, orangnya tenang dan menawan HATI. Bila kita melihat mukanya, dia menyenangkan HATI kita. Itu sebablah melihat muka orang soleh itu, terhibur kita rasa HATI kita. Kita rasa dapat berkat dari mereka. Manakala kalau kita mendengar kata-kata orang soleh, maka akan lebih terhiburlah HATI kita kerana kata-katanya itu adalah pengubat HATI dan jiwa.
Maka, jika ada orang yang berakhlak baik seperti itu, ia adalah ibarat bunga. Ertinya orang itu sudah memiliki bunga pada dirinya. Sepertimana yang kita maklum, bunga adalah kesukaan semua orang. Hinggakan bunga 'tahi' ayam yang baunya tidak harum itu pun suka orang memilikinya. Betapalah bunga-bunga yang lebih wangi dari itu. Ia menyebabkan orang terhibur dengannya.
Demikianlah tingginya nilai akhlak serta budi pekerti pad diri seseorang. Tetapi sepertimana yang kita katakan di awal tadi, untuk melahirkannya adalah amat susah sekali kerana kita perlu berlawan dengan hawa nafsu serta membuat latihan-latihan jiwa.
Kemudian apabila kita telah dapat melahirkan akhlak y ang baik di dalam diri kita itu, ia tidak akan menjadi tabiat atau menjadi kebiasaan kita kalau kita tidak usahakan selalu kerja-kerja kebaikan. Kenalah kita banyak membiasakan diri kepada kerja-kerja kebaikan walaupun dengan cara-cara paksa. Mungkin juga usaha ini adalah suatu perkara yang amat susah juga kerana selagi akhlak yang terpuji itu belum menjadi tabiat kita, setiap kebaikan yang hendak kita lakukan masih lagi ditentang oleh hawa nafsu. Maka, kita terpaksa juga berlawan dengan nafsu.
Manakala nafsu itu menolak, kita tetap melakukannya juga sehingga kebaikan itu menjadi kebiasaan pada diri kita. Dengan cara ini, lama kelamaan kita akan memiliki akhlak yang mulia itu secara tabiat. Yang demikian, melalui latihan-latihan jiwa serta membiasakan diri membuat kerja-kerja kebaikan, akhlak yang mulia itu akan menjadi darah daging kita dan ia akan meresap dalam diri kita.
Jika kita tidak membiasakan diri dengan membuat kerja-kerja kebaikan itu, maka akhlak yang mulia itu tidak akan menjadi darah daging kita, kecuali para-para Rasul. Mereka itu adalah untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Kerana itu, sudah semula jadinya mereka memang memiliki akhlak yang baik. Memang awal-awal lagi الله telah anugerahkan kepada mereka akhlak yang mulia. Dan yang mendidik akhlak mereka itu pula ada- lah الله سبحانا وتعاﱃ
Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم sendiri membuat pengakuan ini di dalam sabdanya, bermaksud:
••••“الله-lah yang mendidik aku dan Dia mendidik aku dengan sebaik-baik didikan.”
Sebab itu Rasulullah صلی الله علیﻪ و سلم, pada awal-awal lagi dia sudah mempunyai akhlak yang mulia tanpa melakukan mujahadatunnafsi serta membiasakan sifat-sifat yang baik itu agar dia menjadikan kebaikan itu sebagai tabiatnya.
☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆ ☆
Justru, walaupun HATI kita sudah keras dan walaupun hitam macamana sekalipun ia, namun kalau kita sungguh-sungguh serta kuat azam dan tekad, الله tetap akan membantu dan memimpin kita. Mungkin memakan masa yang lama, baru kita berjaya memiliki akhlak yang mulia itu. Namun kita tidak boleh berputus asa kerana الله sudah memberi jaminan yang DIA akan menolong dan membantu kita. Pokoknya, kita perlu berusaha.
Tetapi kalau kita tidak mahu berusaha dan tidak mahu melakukan mujahadatunnafsi, maka akhlak yang mulia itu tidak akan meresap di dalam diri kita dan ia tidak akan menjadi darah daging kita. Hanya itu saja jalan yang ditunjuk oleh الله kepada kita.
Kemudian usaha mujahadah itu, kita perkuatkan pula dengan meninggalkan sifat-sifat terkeji serta sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri kita. Ertinya, disamping kita berikhtiar untuk membiasakandiri kita dengan kerja-kerja kebaikan, kita juga mesti membiasakan diri kita dengan meninggalkan perbuatan maksiat. Seterusnya usaha mujahadah dan latihan jiwa tadi, kita tambah pula dengan latihan-latihan membenci perkara-perkara maksiat. Kita latih jiwa kita supaya membenci akhlak yang keji.
Pada peringkat awal mungkin kita meninggal maksiat atas dasar mujahadah iaitu atas dasar kita takut melakukan dosa pada الله. Ketika itu HATI kita belum lagi membenci maksiat itu tetapi kita cuma takut mendorongkan diri kita atas dasar perbuatan itu dilarang الله. Tetapi setelah beberapa lama, akhirnya dengan kita melakukan mujahadah meninggalkan perbuatan maksiat itu, akan timbul rasa benci kita kepadanya. Kita akan rasa benci dengan maksiat. Jijiknya (kotornya) kita kepada maksiat mungkin macam jijiknya kita kepada najis ayam. Ibarat kalau kita sedang makan orang sebut perihal najis ayam, mungkin kita terhenti dari makan kerana terlalu jijiknya (kotornya) kita kepadanya.
Demikianlah halnya orang yang telah dapat membenci maksiat. Sebut saja dia merasa jijik macam jijiknya najis ayam. Apabila sampai kita kepada peringkat membenci maksiat, maka ketika itu kita tidak perlu mujahadah lagi. Dan ketika itu perbuatan kita meninggalkan kerja-kerja maksiat itu telah menjadi darah daging serta tabiat kita pula.
Akhirnya, dia juga mendapat satu kelazatan daripada meninggalkan kerja maksiat itu. Apabila perbuatan meninggalkan maksiat itu sudah menjadi kebiasaan pada diri kita, dengan sendirinya juga, membuat kerja-kerja kebaikan itu menjadi satu hiburan pada kita. Rasulullah sendiri pemah mensabdakan tentang hiburan yang diterimanya ketika bersolat. Ertinya, ketika solat Rasulullah rasa terhibur dengannya. Cuba kita tanya diri kita. Apakah kita terhibur dengan solat?
Jawabnya tidak. Itu bermakna, kita baharu di peringkat mujahadah. Kita melakukan solat itu adalah atas dasar ianya adalah perintah الله yang mana kalau kita tidak lakukan akan berdosa. Kita bukan melakukannya atas dasar kita mendapat kelazatan dan hiburan darinya. Tetapi Rasulullah mendapat hiburan dan kelazatan daripada solat. Cuma Rasulullah itu didatangkan bukan kerana untuk solat saja, maka beliau terpaksa juga rehat dari solatnya demi untuk memimpin masyarakat. Kalaulah tidak kerana tugas itu, mungkin Rasulullah akan bersolat sentiasa kerana beliau terhibur dengannya. Namun, walaupun kita belum boleh terhibur dari bersolat itu, terpaksa juga kita lakukan kerana itulah mujahadah kita.
Disaat itulah yang paling penting kerana amal yang baik itu dinilai di saat akhir. Jika di saat akhir itu kita sudahi dengan amal yang baik, akhlak yang baik dan sebagainya, maka kalau ada pun kekurangan-kekurangan di peringkat awal, الله tidak begitu kira sangat (insya ALLAH, ALLAH ampunkan dengan kita memohon/melakukan istighfar).
Sebaliknya, walau baik macamana sekalipun amal kita di peringkat awal, tetapi kalau disaat akhimya kita tersilap (terlalai, tertipu), maka akan jadi debu segala amal sebelumnya itu. (Mendapatkan suu'ul-khatimmah)
Allahu a'lam
________________
Diringkaskan dan disunting dari:
http://www.usahataqwa.com/akhl
Shared By Bicara HidayahLihat Selengkapnya
“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi ini dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian it...u) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan agar kamu jangan terlalu gembira dengan apa yang Dia berikan kepada kamu dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid: 22-23) KEHIDUPAN dunia bersifat fana. Sementara. Persis seperti kuncup bunga yang mekar dan wangi. Setelah itu jatuh gugur dan mengering disapu angin lalu. Tak beda dengan embun pagi. Kala mentari mulai meninggi, embun menguap tanpa meninggalkan jejak yang berarti. Begitulah hakikat dunia. Karenanya segala kesenangan yang kita kecap adalah sementara. Kesusahan yang membelit pun fana. Keyakinan seperti ini adalah vitamin bagi jiwa kita untuk bisa membangun kekuatan tawazun (keseimbangan). Jiwa kita tak akan dipenuhi kesombongan dan over rasa bangga kala meraih kesuksesan dan mengecap kesenangan. Hati kita pun tidak merasa sempit, putus asa, apalagi rapuh tatkala dirundung musibah dan kegagalan. Sikap tawazun akan terasa lazat kita kecap manakala jiwa kita melepas rasa belenggu kesusahan dan kebingungan dengan berupaya meminta bantuan kepada Allah Yang Mahakuat dan Mahakaya. Bersamaan dengan itu, kita tapaki jejak-jejak amal usaha yang bisa menjadi sebab ikhtiar kita untuk keluar belenggu dari kesusahan. Setelah itu, kita ridha dengan apa hasilnya dan pasrah pada ketentuan Allah swt. yang Mahatahu dengan maksud kehendak-Nya atas diri kita. Sebagai mukmin sejati, kita berhajat betul pada cara pandang seperti itu agar hidup kita bisa lurus. Agar benar-benar mengurat-akar dalam jiwa, kita butuh contoh. Dan cukuplah bagi kita kisah ketawazunan para nabi dan orang-orang shalih terdahulu. Itulah cermin bagi langkah-langkah kita menapaki kefanaan ini. :::: “Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke surga, maka sesungguhnya ia beruntung. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (Ali Imran: 185) Sungguh apa yang tersedia dalam kehidupan dunia ini jauh lebih sedikit jumlahnya dibandingkan dengan apa yang dicita-citakan dan diangankan manusia. Karena itu, beruntunglah orang yang selalu menghubungkan apa-apa yang diperolehnya di dunia di sepanjang hidupnya dengan akhirat yang sangat luas dan kekal. Jangan biarkan diri kita menyerah dengan kondisi kekinian (terkini), baik berupa kesenangan maupun kesusahan. Kita harus selalu mengarahkan pandangan pada akhirat, dengan itu kita akan keluar dari kungkungan kekinian menuju ke masa depan yang luas. :::: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18) Lihat Selengkapnya
Oleh : Bicara Hidayah
0 komentar:
Posting Komentar